Pengenalan

Abstrak :

Topik 8 iaitu Putaran Jasad Tegar (Rotation of Rigid Body) merupakan salah satu topik Semester I bagi mata pelajaran Fizik Program Matrikulasi KPM yang agak kompleks di kalangan pelajar. Pelajar kurang memahami konsep yang terdapat dalam topik ini terutamanya pengiraan tork. Hasil daripada perbincangan kami, satu solusi telah dirangka untuk membantu pelajar memahami bagaimana pengiraan tork dilakukan dengan lebih mudah iaitu teknik LPT (Lengthen, Parallel, Perpendicular Technique). Teknik ini boleh disampaikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi topik tork di mana jarak serenjang yang diperlukan untuk pengiraan tork boleh ditentukan dengan lebih mudah. Sasaran penggunaan adalah pelajar yang mengambil subjek Fizik SF016 dan DF 025 (modul 1 & 2) di Kolej Matrikulasi Selangor. Hasil daripada teknik yang digunakan ini, kami mendapati pelajar lebih mudah memahami konsep jarak serenjang antara daya dan paksi putaran seterusnya dapat mengira tork dengan betul.

No comments:

Post a Comment